Ahad, 5 Julai 2020

Tips Temuduga Berkumpulan

Tips Temuduga Berkumpulan

Untuk perkongsian kali ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya menghadapi temuduga secara berkumpulan. Saya telah lulus dua darpada tiga temuduga secara berkumpulan. Perkongsian saya kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga melalui tip-tips temuduga yang telah saya baca dan akan saya tafsirkan ke dalam bahasa bahasa melayu. Saya akan berikan link video dan juga bahan bacaan online sekiranya ada yang lebih selesa menggunakan bahasa English.

1) How to Succeed Group Interview

2)Job Interview Tips : Group Interview Tip


Saya akan mulakan perkongsian kali dengan menerangkan apa itu temuduga berkumpulan. Sesetengah syarikat akan melalukan temuduga secara berkumpulan kerana penemu duga dapat melihat bagaimana seseorang calon temuduga itu dapat bekerja dalam kumpulan dan juga dapat menapis bilangan calon temuduga dalam masa yang lebih singkat. 


Tip-Tip Temuduga Berkumpulan


Yakin Diri
Adalah sangat penting untuk anda mempunyai kenyakinan diri pada masa ini kerana anda akan dapat mendengar secara langsung jawapan orang lain. Kebarangkalian untuk merasa intermidated (tercabar dengan calon lain) mungkin akan hadir ketika mendengar jawapan orang lain dan secara tidak langsung membandingkan diri kita sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, kita kenala persiapkan diri sebaik mungkin dan juga menjadi diri sendiri sepanjang sesi temuduga tersebut. 

Sentiasa Bersedia
Sama ada akan ditanya soalan mahupun diberikan tugasan spontan. Anda perlulah menjadi flexibel dan mencuba sehabis baik dalam tugasan yang diberikan. Pastikan anda melakukan kaji selidik tentang syarikat tersebut kerana kebiasaannya tugasan mahupun soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan syarikat itu juga.

Proaktif
Ini sangat penting, sifat ini menunjukan anda mempunyai kemampuan untuk memimpin. Sekiranya dalam kumpulan tersebut sesiapa sahaja boleh mula memperkenalkan diri. Anda boleh sukarela memulakan untuk memperkenalkan diri anda ataupun mengetuai tugasan yang diberikan. Ini akan memberikan bonus point kepada anda.

Bekerjasama
Walaupun dalam kumpulan tersebut anda perlu bersaing sesama sendiri perlu saya tekankan bahawa kerjasama antara ahli pasukan juga adalah penting bagi sesebuah syarikat. Tidak perlulah menghalang seseorang menyuarakan pendapat mereka. Sekiranya anda melakukan sedemikian anda akan memberikan imej yang negatif terhadap diri sendiri. Maka, selesaikan tugasan yang diberi secara berkumpulan dengan mengambil pandangan setiap ahli kumpulan.

Sekiranya datang rasa bahawa sesuatu itu mustahil untuk kita capai, suka saya ingatkan untuk sentiasa memohon kepada Allah SWT (bagi yang muslim) kerana tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Antara nama Allah yang boleh kita boleh kita hayati semasa berdoa adalah Al-Mujib iaitu Yang Mengabulkan doa hambaNya.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri menghadiri temuduga secara berkumpulan.

1) Temuduga Biasiswa PETRONAS
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya perlu menghadapi temuduga secara berkumpulan selepas saya lulus ujian komputer. Bagi yang belum pernah membaca blog yang itu, saya sertakan link di bawa:
Bagi mereka yang telah lulus ujian komuputer, kami dibahagikan kepada 5/6 orang dalam satu kumpulan dan seingat saya setiap kumpulan mempunyai orang penemu duga. Tugasan pertama kami ialah memperkenalkan diri masing. Kemudian kami diberi masa untuk memberikan idea "How to improve PETRONAS" (Gambar stesen minyak PETRONAS). Kemudian kami perlu membentangkan idea masing-masing dan memilih idea yang terbaik yang perlu kami lakukan.

2) Temuduga RCSU
RCSU adalah persatuan pelajar yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti memeriahkan Villages in UTP (Asrama UTP). Seingat saya, kami dikumpulkan dalam 4 orang dalam satu bilik dan ditemuduga oleh 3 jawatankuasa RCSU. Namun, oleh kerana persediaan saya yang kurang untuk menghadapi temuduga ini, saya tidak berjaya diterima untuk menjadi ahli RCSU. huhuhuhu sedih gais masa tu, ambil masa untuk 1 semester sehingga saya memberanikan diri semua mencuba nasib ke temuduga event seterusnya. Antara sebab saya suka UTP adalah walaupun hanya event peringkat universiti biasanya pelajar perlu menghadiri temuduga. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada para pelajar menghadapi temuduga di masa hadapan.

3) Temuduga Praktikal Schlumberger
Sebagai pelajar aliran Petroleum Engineering saya pasti ramai yang mempunyai impian untuk melakukan pratikal di syarikat ini, saya juga begitu. Terdapat beberapa peringkat temuduga yang perlu dilakukan sebelum berjaya menjadi calon pratikal di syarikat ini. Saya akan cuba menerangkan satu-persatu ya.
 
a) Mengisi maklumat diri untuk melakukan pratikal di laman web rasmi:

b) Phone Interview
Mereka yang bernasib baik akan menerima panggilan telefon daraipada Human Resource. Suka saya ingatkan semasa menjawab panggilan telefon ini pastikan line telefon anda stabil dan juga promot diri anda sebaik mungkin dengan menjelaskan pencapaian anda yang mampu membezakan anda dengan calon yang lain untuk mendapatkan tiket ke temuduga yang sebenar.

c) Temuduga
Sekiranya anda berjaya menarik minat Human Resource tadi, akan akan menerima email untuk menghadiri sesi temuduga di Syarikat Schlumberger Kuala Lumpur. Terdapat 4 peringkat yang anda akan hadapi hari temuduga ini. Oleh hal yang demikian sila pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya dan anda telah melakukan persediaan yang sebaik mungkin. 

4 Peringkat Temuduga Praktikal Schlumberger

Memperkenalkan diri sendiri
Akan akan dikumpul dalam satu bilik dengan calon-calon yang lain dan setiap seorang perlu memperkenalkan diri masing-masing. Saya akan kongsikan tentang cara memperkenalkan diri pada perkongsian yang lain ya.

Temuduga berkumpulan
Semasa saya menjalani temuduga ini, kami diberi tugasa untuk menyiapkan model sebuah platform. Kemudian platform kami akan diuji dengan berapa banyak guli yang mampu ditampung. Seterusnya, kami perlu mengadakan pembentangan berkaitan platform kami. Di akhir pebentangan kami, kami perlu memilih siapa ahli dalam kumpulan kami perlu kami pilih untuk disingkirkan dan kenapa. Selepas itu, kami diberikan makan tengah hari dan hanya mereka yang lulus sahaja boleh menerusnya ke peringkat seterusnya.

Ujian bertulis
Calon juga perlu menjawab soalan objektif yang mempunyai 4 bahagian iaitu bahasa english, maths, fizik dan juga permikiran kreatif.

Temuduga individual
Saya gagal di sini gais huhuhuhu Begitu la hidup gais, langit tidak selalunya cerah. Kecewa juga la saya tapi itulah hidup mesti diteruskan. Nanti saya kongsi kesilapan yang saya lakukan masa temuduga ni ya, yang penting kita belajar dari kesilapan kan kawan-kawan. 


See you in my next posting, Thank you for reading this far. I really appreciate it. <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.