Khamis, 18 Jun 2020

Tips menghantar e-mail untuk praktikal



Pelajar universiti perlu menghantar e-mail kepada syarikat yang mereka berminat untuk melakukan pratikal. Berikut adalah Tips menghantar e-mail untuk praktikal yang saya dapat senaraikan melalui pengalaman saya sendiri mencari tempat praktikal.


1)      1)    Pastikan e-mail yang anda gunakan adalah professional.

Elakkan daripada menggunakan e-mail yang tidak professional seperti cutegirl@gmail.com. Adalah lebih baik menggunakan email nama anda sendiri.

 

2)      2)  Isi ruangan subjek pada bahagian email

Ini adalah penting kerana sesetengah syarikat hanya meletakan email umum mereka di laman web mereka. Sekiranya mereka nampak email untuk latihan pratikal mungkin mereka akan menghantar email itu ke Human Resource Department yang biasanya menguruskan pelajar praktikal.

 

3)      3)  Mulakan email anda dengan kata panggilan yang sesuai

Sekiranya anda tidak pasti kepada siapa e-mail anda akan dibaca. Adalah lebih elok sekiranya anda meletakan En/Pn/Cik. Hal ini bagi mengelakan kita daripada menyinggung perasaanpenerima e-mail tersebut. Bagaikan sekiranya anda seorang wanita namun menerima panggilan En.

 

4)     4)   Mulakan email

Saya sarankan anda menulis e-mail tidaklah terlalu Panjang tetapi padat. Sebaik-baiknya mempunya perenggan.

·         Perenggan pertama anda boleh menyatakan bahawa anda menghargai penerima e-mail tersebut kerana sudi membaca e-email tersebut dan juga memperkenalkan diri serta tujuan anda menulis e-mail tersebut.

·         Perenggan kedua anda boleh menerangkan kenapa anda adalah calon yang sesuai mengisi kekosongan tersebut. Di bahagian ini anda boleh menceritakan secara ringkas pencapaian anda.

·         Perenggan terakhir, di sini adalah sangat penting bagi anda untuk menunjukan sikap sopan santun dengan menyatakan perasaan terima kasih kepada penerima e-mail tersebut kerana sudi membaca email anda dan juga anda boleh menyatakan bahawa anda akan menunggu meklumbalas daripada syarikat mereka.


5)      5)  Lampiran

Sila sertakan resume atau CV yang mempunyai maklumat berkaitan diri anda seperti numbor telefon, email dan juga LinkedIn profile sekiranya anda mempuyainya.


6)      6)  Yang Benar

Akhiri email anda dengan signature anda.


Saya berharap agar perkongsian saya pada kali ini mampu dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.

Tujuan saya menulis dalam Bahasa melayu adalah bagi membantu mereka lebih selesa menggunakan bahasa melayu. Saya akan terus berkongsi pengalaman saya di blog ini dalam bahasa melayu agar lebih banyak orang mampu memahami penyampaian saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.