Isnin, 5 Jun 2023

Perancangan hidup ke laut


Assalamualaikum dan hai semua yang membaca,


Masa kecil dulu, saya Ada banyak perancangan hidup. Salah satu daripada perancangan tersebut adalah untuk menjadi cikgu sekolah. Selama 16 tahun hidup, itula cita-cita hakiki saya. Tapi itulah, kita merancang, tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah itu terbaik. 


Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:217)


Tahu-tahu Allah takdirkan untuk menjadi seorang Jurutera. Alhamdulillah, masih jauh lagi perjalanan hidup. Kadang-kadang terfikir juga betul kah pilihan hidup ni, mampukah jadi seorang jurutera yang berjaya. Jadi, apa yang saya cuba untuk beritahu diri saya ialah Allah lebih tahu kemampuan saya. Semestinya tidak mudah, tapi saya kena usaha lebih lagi di awal kerjaya saya. Lagipun, Allah tidak akan mengubah nasib, seseorang melainkan kita sendiri usaha.


Saya juga belajar untuk mendidik diri yang ibadah itu bukan sekadar solat dan doa. Kena niat dalam hati, bekerja juga ibadah. Kalau masih student, belajar juga ibadah. Pokoknya apa pun yang kita buat, selagi niat kita baik. Semoga ianya menjadi ibadah juga buat kita. Tapi pastikan kita menjaga ibadah wajib seperti solat semasa kita bekerja.


Susah pula mendewasakan diri sendiri ni. Tapi hidup mesti diteruskan. In shaa Allah kita Boleh. Apa-apapun ujian yang kita hadapi sekarang, tiada yang sia-sia. Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim, maha penyayang lagi maha pemurah. In shaa Allah setiap usaha kita akan Allah balas dengan lebih lagi. Semangat.


Belajar untuk yakinkan diri, Allah sangat menyayangi kita dan hanya mau yang terbaik untuk kita. Kalau ada yang kita mau tapi belum dapat, teruskan saja berdoa. Yakin yang Allah akan berikan doa kita pada masa yang tepat dan cara yang paling sempurna. 


Semoga semua yang membaca Allah permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. ❤️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.