Syawal tahun 2020, adalah syawal yang pertama dalam seumur hidup saya
sambut diperantauan tanpa seorang pun ahli keluarga terdekat. Memang tidak
dapat saya nafikan bertapa sedihnya apabila saya terpaksa membuat keputusan
untuk tidak balik ke Sabah kerana saya akan menjalani pratikal di Kuala Lumpur
pada bulan Jun tidak lama lagi.
Saya sangat bersyukur dengan adanya telefon bimbit yang dapat
menghubungkan saya dengan ahli keluarga secara maya sepanjang saya berada
diperantauan. Saya masih ingat lagi pada malam raya, saya pergi ke dobi kerana
di situ sahaja saya mampu menonton rancangan raya dan mendengar takbir di
televisyen. Saya juga turut membuat panggilan video bersama ahli keluarga di
malam raya tersebut, dan saya dapati pacik saya menangis kerana saya tidak
dapat beraya di kampung. Saya dibesarkan dengan keluarga yang sangat rapat
dengan pacik, macik dan sepupu- sepupu saya. Oleh itu, saya tidak hairan dengan
riaksi pacik saya itu.
Di pagi raya pula, walaupun saya tidak ke mana-mana saya tetap bersiap
dan berhias untuk menyambut pagi raya. Saya membuat keputusan untuk membuat
makeup yang agak extra kerana saya hanya menyambut raya setahun sekali.
Kemudian saya pun mengambil bantuan makanan raya yang disediakan Oleh pihak UTP
untuk pada pelajar yang tidak dapat balik ke kampung. Kemudian, saya dan
kawan-kawan pun mengambil gambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.
Di malam hari pula, saya ada ada menerima makanan daripada seorang staff
UTP yang rapat dengan saya. Pelbagai lauk raya dibekalkan untuk saya dan
rakan-rakan menjamu selera. Kemudian, kami meriahkan pula malam kami dengan
mengadakan sesi karaoke di bilik saya. Saya sangat bersyukur kerana walaupun
saya berjauhan dengan keluarga saya. Saya masih dapat menyambut raya bersama
rakan-rakan dan Alhamdulillah saya juga dapat banyak kuih raya serta juadah
raya daripada pihak UTP, PETRONAS dan rakan-rakan.
Akhir sekali, saya berharap agar kita semua sentiasa bersyukur dengan
apa yang kita miliki dan semoga amalan kita sepanjang di bulan Ramadhan
diterima. Bersama-samalah kita terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Sifat manusia itu sendiri tidak lari dari melakukan kesalahan, namun
selagi kita masih bernyawa bersama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan
keampunan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan