Selasa, 4 Ogos 2020

Raya Haji

Hello semua duhai pembaca setia blog saya sekalian, di hari ini saya ingin berkongsi kenangan manis kau dan aku takkan terluput. Eh ternyanyi pula, terbawa-bawa la ni pertandingan menyanyi di rumah hari tu. Ba mari la saya mula menulis, sebelum tu saya mau berterima kasih kepada kamu yang masih membaca blog, sebab anda saya masih menulis. <3


Kali terakhir saya balik rumah adalah pada bulan December tahun lepas. Ini berlaku kerana saya terpaksa berkuarantine di UTP sepanjang PKP, walaupun cuti semester saya bermula pada bulan April namun saya tidak dapat balik ke kampung dan terpaksa sekali lagi menyambut raya di perantauan. Begitu banyak keterpaksaan pada tahun ini. Dengan keterpaksaan ini, saya belajar untuk redho dengan situasi yang saya hadapi.


Oleh kerana sudah lama tidak balik ke rumah, saya pun mengisi borang mengambil cuti daripada intern selama beberapa. Alangkah indahnya saat-saat dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Oleh sebab cuti saya begitu singkat, saya tidak berkesempatan bertemu sahabat sekolah menengah seperti yang sudah saya rancang sebelum balik ke sabah. Semoga rakan-rakan semua dipanjangkan umur dan senantiasa sihat selalu agar kitab oleh berjumpa di masa akan datang.

 

Di hari raya haji kali ini, Alhamdulillah saya dapat merasa kelupis. Dari raya aidilfitri lepas saya teringin sangat mau makan tu. Makanan dekat rumah memang suatu nikmat kehidupan yang patut saya hargailah. Lagi-lagi air tangan mama sendiri, sedap dia masyallah. <3 Raya kali ni unik sikit, sebab kakak dan sepupu saya adakan pertandingan karaoke dalam kalangan family ja. Walaupun pemilihan lagu dan suara saya agak teruk hahaha tapi boleh lah dapat juga saguhati.


Sebagai konklusi, saya sangat bersyukur kerana berpeluang balik ke rumah walaupun hanya untuk beberapa tetapi setiap hari begitu bermakna bagi saya kerana dengan berada di rumah saya mula sedar akan harapan ibubapa yang begitu tinggi terhadap saya. Ini membuat saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di KL dan berusaha sehabis baik untuk mencapai impian saya.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereke” QS.13:11

Sekian sahaj perkongsian saya pada kali ini, semoga pertemu lagi <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.