Selasa, 11 Ogos 2020

It's okay not to be okay

Hai semua yang masih sudi membaca blog saya. Saya sangat terharu nampak bilangan viewers blog saya yang lepas. Saya bukan siapa-siapa pun (lagi, harap-harap nanti boleh lah jadi seseorang huhu). Kali ni saya mahu cerita pasal saya ikut pertandingan. Pertandingan yang saya ikut memerlukan para peserta untuk membentangkan innovasi dalam bidang penggerudian (drilling). Mungkin ada yang sudah tahu, sebab saya pernah jelaskan sebelum ini bahawa sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat yang menawarkan servis penggerudian. Penggerudian ni, kalau saya mahu jelaskan dalam Bahasa yang mudah adalah proses mengorek tanah untuk mencari minyak.


Sebelum hari pertandingan tersebut sudah semestinya lah saya melakukan persedian yang perlu untuk melakukan pembentangan itu. Lambat juga saya tidur (sebab saya mula pun lambat juga hehehe). Pada mulanya, saya ingin menggunakan sedikit makeup untuk menambahkan seri muka semasa pembentangan tetapi duhai pembaca sekalian. Saya tidak sempat ya melakukan itu, hal ini kerana saya mengalami masalah teknikal dengan laptop saya. Mereka yang rapat dengan saya sudah pasti mengetahui perkara ini. Ia bagaikan laptop saya dapat mengesan masa-masa kritikal di mana saya amat memerlukan laptop saya untuk berfungsi secara effisien namun perkara yang sebaliknya yang berlaku. Oleh itu, saya pun membuat pembentangan menggunakan telepon saya sahaja dan juga tanpa menggunakan sebarang alat solek ya rakan-rakan sekali. Sedih bukan.


Saya dapat merasakan bahawa pembentangan saya agak kelang kabut mungkin sebab dipengaruhi oleh masalah teknikal tadi. Sejurus selepas pembentangan saya, fikiran negatif mula menghantui diri ini. Iya rakan-rakan, bak tajuk drama korea it’s okay not to be okay. Saya menghayati kesedihan saya diiringi lagu coldplay-fix you. Boleh lah rakan-rakan mendengar lagu tersebut sekiranya rakan-rakan sekalian tertanya-tanya tentang perasaan saya. Kemudian saya, meneruskan hari saya dengan menyediakan spaghetti Bolognese merujuk kepada resepi cheknom dari video youtube-nya. Bukanlah saya ingin bersifat riak wahai para pembaca, tapi itu spaghetti yang paling sedap saya pernah buat namun disebabkan rasa sedih di hati saya, saya tidak mampu menghabiskan spaghetti tersebut.


Kemudian, saya terdengar lagu najwa latif – adamu. Sekali lagi saya beremosi tetapi kali ini lebih kepada emosi positif. Macam ni ya para pembaca sekalian, kadang-kadang kita tidak dapat lari dari rasa sedih terutama bila kita rasa kita sudah beri yang terbaik tetapi tiba-tiba perkara yang tidak dijangkakan berlaku. Hakikat bahawa kita masih meneruskan langkah kita, menguatkan hati mendepani hari-hari tersebut pun sudah okay. Satu ayat yang saya suka dan ingin saya kongsikan adalah “ Allah create success based on your sincere effort”. Jangan pernah kita bersangkah buruk terhadap Allah, kita kena sedar mungkin usaha kita belum cukup bagus untuk mencapai keinginan kita. Oleh itu, kita kena berusaha dengan lebih keras.


Saya juga ingin memberi disclaimer, saya bukanlah orang yang sentiasa berfikiran positif tetapi saya cuma ingin berkongsi kepada mereka yang sudi membaca. Dengan menulis blog ini, saya berharap agar saya dapat terus konsisten berada dalam positive mindset.


Minggu depan Saya ada pembentangan praktikal saya. Doakan saya berjaya ya. Terima kasih kerana membaca. <3 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.