Sabtu, 12 September 2020

Outward Bound School

Assalamualaikum dan hello, hari ini saya mahu bercerita pasal pengalaman saya pergi Outward Bound School (OBS). Sebelum saya mula, saya mahu bagitahu yang aktiviti ni saya ikut sebab diwajibkan ke atas PETRONAS Scholar kecuali ada medical reason yang menghalang seseorang itu untuk terlibat dengan aktiviti ni. Saya dan rakan-rakan yang lain perlu menyediakan diri kami selama seminggu untuk melakukan aktiviti yang mencabar dan kami tidak diizinkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti ini berlangsung.


Pada mulanya, agak kekok juga lah tanpa telefon bimbit di tangan. Sebab sudah terbiasa kan main phone setiap kali ada masa lapang. Huhuhuhu Gambar di bawah ni diambil selepas kami mendapat semua telefon bimbit kami iaitu pada hari terakhir aktiviti.



Memandangkan aktiviti ni pun sudah setahun lalu, saya pun sebenarnya tidak ingat sangat dengan begitu terperinci tapi saya akan cuba sampaikan sebaik mungkin dengan apa yang masih saya ingati. Pada hari pertama, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dn kumpulan saya mempunyai lima belas orang ahli dan seorang instructor. Instructor kami bernama Abang Man. Abang Man was very the chill one tapi boleh jadi tegas juga bergantung kepada situasi.


Kebanyakan aktiviti yang perlu kami jalani melibatkan keberadaan kami di laut. Oleh itu, seingat saya selepas daripada aktiviti suai kenal sesame ahli kumpulan. Kami ada aktiviti water confident, dalam aktiviti ni kami dilatih untuk mengunakan life jacket. Pada mulanya, agak menakutkan ya disuruh terjut tengah laut yang dasarnya sudah pasti tidak dapat dijejaki. Apatah lagi saya bukanlah seorang yang pandai berenang. Tetapi alhamdulillah kami semua ya, tiada sesiapa pun lemas sebab itulah kegunaan life jacket. Ia membantu kita untuk kekal terapung, lepas tub oleh la berrenang dengan life jacket. Huhuhuhu


Ada dua aktiviti utama yang kami perlu lakukan iaitu berkayak mengelilingi pulau pangkor dengan whaling. Saya lupa sudah ni mana satu kami buat dulu, jadi saya akan cakap pasal berkayak tu dululah. Saya partner up with Shafiq, sebab saya pilih syafiq adalah sebab saya tahu dia memang pandai berkayak dan saya satu kelas dengan dia. So macam less awkward la. Tapi jujur cakap, berkayak pulau pangkor was NOT an easy task. Ambil masa 8 jam untuk sampai tempat berkumpul. Astaga, I tell you ah. Kayak ni payah sebab tidak boleh berhenti sebab bila berhenti kayak tu akan ikut arus air jadi macam kebelakang. Like it or not we need to keep peddling the kayak. Serious, mana penat fizikal, penat mental lagi. Rasa mau give up pun ada tapi tengah laut siapa ja bole tolong. Masa ni, saya sangat bersyukur sebab banyak juga lirik lagu saya hafal. Iyalah, tengah laut mau dengar lagu tiada handphone terpaksalah menyanyi sendiri. Ada satu tahap ni, saya jerit weh dekat laut tu “kitab oleh ni” astaga serious penat berabis. Masa itu biar la bikin malu, asal habis ni berkayak. Kalau dibagi pilihan buat balik. Enda la kali saya buat, kayak for fun was okay but not for 8 hours. Hahahahaha Gambar bawah ni saya dengan syafiq. Alhamdullillah nasib kena carry. Hahahahaah



Aktiviti yang kedua, kami whaling. Whaling ni memenatkan juga tapi sebab whaling ada beberapa benefit banding kayak tadi. Whaling ni melibatkan semua orang dalam kumpulan so kalua ada yang penat boleh berganti. Lepas tu yang paling siok kalua ada angin. No need susah-susah mengayuh just guna angin tu. Boleh la feeling-feeling titanic kan. Hahahaha Sama menyanyi masa whaling ni lagi meriah ya, macam berkoir tengah whaling tu. Hahaha


Dua tu la highlight of OBS, kami ada juga berkhemah di pulau. Tapi berkhemah tu macam biasa la. Kena masak sendiri. Makana pa yang kita masak. Group kami okay sebab kami session 3 so ada la tips-tips daripada kawan-kawan daripada session sebelum ini untuk bawa mancis hahahaaha. Tapi itulah bila sudah kepenatan buat aktiviti mencabar, nikmat dapat makanan tu Allahu. Biskut empat segi yang ada guna tu pun nikmat betul ya. Last sekali, saya sedar yang kalau kita guna sunscreen walaupun kita berjemur di bawah matahari 8 jam pun.  Muka kita enda la burn sangat dan kena reapply. Bukan perempuan ja ah perlu pakai sunscreen lelaki pun. Astaga punya saya terharu tengok kawan lelaki saya pakai sunscreen.


Okay la, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Terima kasih membaca. Saya saying betul kamurang ni. Saya sedang apply google AdSense untuk blog saya. Jadi doakan saya lulus ah.


Thank you for all your support. I did not expect it to be like this. May Allah ease your life. Aminn. See you in my next posting <3



The main reason why I wrote this, is because it is too long to be insta caption. I really do have fun during this journey. Thank you everyone for being a part of it. I will definitely remember this to infinity and beyond in shaa Allah. Thank you Petronas for sponsoring me to attend this and to everything I've received.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.