Macam panjang pula kan mukadimah saya, ba marilah kita mula. Sekarang saya punya skin-care ada 4 langkah saja, sebab mahu berjimat masa intern. Kalau ikut hati ini mau ja saya tambah lagi. XD
1. Pencuci muka
Saya guna pencuci muka ini sekarang. Saya suka pencuci muka ni sebab dia ada AHA/BHA dalam tu. AHA/BHA ni bagus sebab ingredient ni boleh membantu untuk mengurangkan whitehead and blackhead. Sebelum saya guna pencuci muka ni, saya dapat rasa ada whitehead bahagian bawah mulut saya. Saya guna pencuci muka ni, setiap hari walaupun product yang ada AHA/BHA sebenarnya tidak bagus guna setiap hari tetepi disebabkan concentration (kepekatan) AHA/BHA dalam product ni sikit ja jadi masih selamat la untuk guna setiap hari. BHA/AHA ni enda bagus guna setiap hari sebab nanti skin barrier kita rosak. Kalau skin barrier rosak nanti berjerawat. Satu lagi, saya rasa ramai orang cuci muka sekejab ja kan macam beberapa saat ja begitu. Sepatutnya, kita kena cuci muka at least satu minit untuk pastikan kulit muka kita betul-betul bersih jadi untuk step seterusnya nanti kulit muka kita dapat serap produk seterusnya dengan baik. Gitewww, tapi betul la make sure cuci muka bersih-bersih ya <3
2. Toner
Sebenarnya toner ni enda wajib pun ada dalam skin-care. Tapi, saya suka pakai toner ni sebab ada Hyaluronic Acids (HA). Fungsi utama toner ni sebenarnya untuk seimbangkan balik pH muka kita. Kan tadi kita baru cuci muka kita, pencuci muka tu bersifat alkali. Untuk menyeimbangkan balik pH muka kita boleh guna toner. Kalau enda mau guna toner tunggu kejab lepas cuci muka, untuk pH muka kita balance secara semula jadi baru teruskan dengan step seterusnya. HA ni bagus, sebab dapat melembapkan kulit muka tu yang saya guna ni. Best sejuk-sejuk tu muka lepas guna.
3. Moisturiser
Moisturiser pula kena ada dalam skin-care ya. Macam nama dia moisturiser, fungsi utama dia melembapkan muka kita. Saya guna moisturiser ini sekarang, hari tu saya pernah try guna moisturiser lain. Tapi naik jerawat kecil-kecil. Mau botol ke-4 sudah saya guna ni moisturiser, saya akui memang agak mahal juga itulah mau tunggu ada sale dulu di Watson atau guardian baru saya beli ni. Saya rasa moisturiser jenis gel macam ni kan sesuai untuk semua kulit, tapi kalau kulit kering better pakai moisturiser jenis cream. Pada pendapat saya, ni moisturiser memang favourite saya la.
4. Suncreen
Ini paling penting ya, sunscreen. Sia-sia kita beli
skin-care, rajin-rajin apply skin-care kalau enda guna sunscreen. Sunscreen ni
fungsi dia untuk melindungi kulit kita dari sinaran cahaya matahari. Sinaran matahari
ni ada UVA dan UVB, kedua-dua ni oleh menyebabkan kanser. UVB bahagian permukaan
kulit ja dia affect dan akan menyebabkan kulit jadi gelap (sun burn) manakala UVA
lagi drastic ya kesan dia kerana dia mampu menembusi (penetrate) lagi dalam kulit yang menyebabkan kulit muka kita mengalami premature skin aging. Kalau
saya sudah terlambat pun pergi kelas, saya akan at least guna sunscreen. Tapi sunscreen
ni, kalau mau solat kena remove. Sebab tak silap saya macam wuduk tak masuk
kalau tak remove, so make sure cuci muka before wuduk dan guna balik sunscreen after
solat.
Itu saja saya guna buat masa ni, ini skin-care yang sesuai
dengan muka saya. Setiap orang punya muka ni unik, so make sure listen to your
skin. Kalau belum guna sunscreen tu, tolong la guna sunscreen T_T. Sekian saja
untuk posting saya kali ini. Thank you so much for reading my blog, it feels
good that some people actually reading what I wrote. hehehe For those who are struggling
with acne, you are beautiful in your own way. I genuinely hope your skin will
get better soon <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan