Ahad, 4 Oktober 2020

BeauBoss



 Salam dan hai semua, hari ini saya cuma mahu berkongsi berita gembira bagi saya dan perasaan saya. Alhamdulillah, sebanyak 700+ orang mencuba nasib untuk menjadi BeauBoss dan saya salah seorang daripada 15 orang yang diberikan kepercayaan dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada BeauTyra.

Tak kenal maka tak cinta, jadi adalah lebih elok rasanya saya memulakan perkongsian cerita ini dengan menerangkan apa itu BeauBoss dan BeauTyra. BeauTyra adalah kosmetik brand tempatan dan pengasas brand ini ialah Tyra. Sekiranya ada yang belum mengenali Tyra, bolehlah mengenalinya melalui akaun Instagram-nya @tyrakmrzmn . Produk pertama BeauTyra adalah blusher and Alhamdulillah dalam beberapa hari selepas launching semua code blusher berjaya dijual malahan ada code (mermaid) habis dijual kurang dari sehari selepas pelancaran blusher tersebut. Saya turun berkesempatan membeli code mermaid pada hari pertama pelancarannya. Itu merupakan blusher pertama saya dan masih saya guna sehingga ke hari ini. BeauTyra terus maju dan kini telah mempunyai pelbagai produk seperti Hair to Toes Mist, Pillow Lips, Eyeshadow Palette, Liquid Matte Lip, blusher dan juga highlighter. Apa yang menarik tentang BeauTyra pada pendapat saya adalah kosmetik ini menghargai setiap warna kulit dan berusaha untuk melibatkan semua tona kulit dalam photoshot produk yang bakal dikeluarkan. Hal ini kerana, BeauTyra sentiasa memastikan agar produknya sesuai digunakan oleh semua tona kulit. BeauBoss adalah panggilan untuk dropshipper BeauTyra.

Sejujurnya, saya agak takut untuk mencuba sesuatu yang baru seperti menjadi seorang dropshipper. Saya bukanlah seorang yang petah berbicara, saya lebih suka menjadi pendengar berbanding pencerita. Namun, saya tidak dapat nafikan bahawa jauh di dalam hati saya teringin untuk mencuba menceburi bidang perniagaan. Saya akan berusaha sehabis baik, dan kemudian bertawakal kepada Allah SWT. Saya percaya rezeki Allah itu luas namun kita hendaklah berusaha untuk nya. Mulai dari hari ini, anda akan lebih kerap melihat saya mengemas kini story dengan mempromote produk BeauTyra. Hehehehe 

Semalam saya baru sahaja membuka sebuah akaun instagram khusus untuk perniagaan kecil saya ini. Dalam masa sehari, dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan saya mampu memperoleh 50 followers. 🥺Serikali saya melihat perkongsian bahawa kawan ataupun keluarga terdekat tidak memberi sokongan dalam perniagaan. Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang begitu supportive. Saya hanya mampu kirimkan doa semoga anda juga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan sihat selalu.

Itu sahaja penceritaan saya pada hari ini. Terima kasih semua kerana sudi membaca, sekiranya ada yang berminat untuk memiliki produk BeauTyra bolehlah menghubungi saya melalui instagram di atas ataupun menghantar message di Facebook saya. ♥️✨

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.