Rabu, 7 Oktober 2020

Skin-care for beginners


 Assalamualaikum dan hai, hari ini saya mahu berkongsi pasal skin-care for beginner. 3 step pertama yang perlu ada dalam skin-care rutin. Sebelum tu saya mahu bagitahu yang skin-care ni bukan untuk perempuan saja ya. Lelaki pun boleh pakai skin-care. By the way Saya mau bagi disclaimers ya, saya bukan beauty consultant atau pakar kecantikan tapi tips ni saya kumpul daripada video YouTube skincare channel yang boleh dipercayai seperti hyramskincare. Hehehehehe 


3 skin-care wajib for beginners


1. Pencuci muka 


Ini paling wajib la untuk buang kotoran dekat muka kita kan. Tapi tu be safe jangan kerap sangat cuci muka, Kalau boleh 2 kali sehari ja untuk mengelakan muka kita jadi kering. Cuci muka tu pun bukan kejab ja. Make sure cuci muka sekurang-kurangnya 1 minit atau terkenal dengan nama 60 seconds rule gitewww. Penting ni cuci muka bersih-bersih untuk memastikan pori-pori muka kita tidak tersumbat. Kalau tersumbat pori tu yang one of reason berjerawat.


2. Moisturiser 


Ini pun penting gais, kenapa saya cakap ini penting? Sebab kalau kita tidak guna moisturiser nanti muka kita cepat muncul fine line. Especially dekat kawasan dahi tu. Macam nama dia, moisturiser ni untuk melembapkan muka la. Moisturiser ni pula banyak jenis, depend dengan kulit kita mana yang sesuai. Ada yang jenis cream ada yang jenis gel. Walaupun muka jenis berminyak pun kena guna moisturiser. 


Fun fact: Muka akan produce more oil bila dia detect kulit kita kering. Untuk mengekalkan kelembapan secara semula jadi, itu yang muka kita keluarkan minyak tu. So make sure guna moisturiser ya walaupun muka jenis muka berminyak.


Moisturiser ni kena hati-hati sikit mahu pilih, sebab salah pilih moisturiser boleh jadi penyebab fungal-acne pula. Fungal acne ni bila muka kita menerima terlebih moisturiser. Fungal acne ni biasanya dekat bahagian dahi jerawat kecil-kecil atau orang panggil jerawat pasir. Kalau kamu ada masalah ni, check2 balik moisturiser kamu. Saya suggest guna moisturiser jenis gel Sebab dia tidak heavy sangat. Anyway listen to your skin. Kalau guna gel moisturiser tapi kulit still rasa kering, guna yang cream punya. Gitewww 


3. Sunscreen 


Ini paling orang ambil mudah, pakai lah geng sunscreen. Bila kita pakai sunscreen, muka kita terlindung dari UVA dan UVB. Good sunscreen must be SPF 50 and PA++. Sunscreen pula ada chemical sunscreen dengan physical sunscreen. Yang ni saya enda baca lagi. Bila sudah baca saya share ya. 


All the best to take care of your skin. 🥰 Thank you yang request this topic, sorry it took me some time to do it.


Thank you for reading my Blog. See you in another post😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.