Jumaat, 30 Oktober 2020

Rejection is redirection

 Assalamualaikum dan hai, lama saya tidak menulis blog kan. Apa kabar semua orang. Yang di Sabah tu jaga diri elok-elok ya, kes COVID-19 makin meningkat. Banyak yang berubahkan sebab COVID ni. Kadang-kadang mahu stay positive tu bukan mudah. Saya pun rasa macam tu juga. Hari ni saya mahu berkongsi pasal topik di atas. Rejection is redirection.


Saya suka ayat ni. Sebab saya pun merasa juga kena reject tahun ni. Bukan kena reject crush ah. Kena reject my dream company untuk intern. Bukan satu tapi banyak. Menipu la kalau saya cakap saya tiada rasa kecewa langsung dan boleh menerima dengan hati yang terbuka. Ambil masa juga untuk saya terima hakikat ya. Saya percaya bukan saya sorang ja macam ni, ada juga orang yang rapat dengan saya terkesan dengan covid ni.


Tapi untuk hari ini, saya cuma boleh berkongsi pasal pengalaman saya. Sejak akhir-akhir ni, saya mula perasan. Kenapa saya ditakdirkan berada di mana saya berada sekarang. Saya bukanlah orang yang berjaya sangat pun tapi Alhamdulillah saya boleh cakap sedikit sebanyak saya ada berkembang sedikit. Bukan saja dari bidang pengalaman malahan berat badan Hehehehe. Opss. 


Ba mari la saya kongsi apa yang saya maksud kan. Saya sedar yang walaupun saya ada perancangan hidup saya sendiri, saya kena sedar yang Allah SWT pun ada rancangan untuk saya dan sebaik-baik perancang adalah  Allah SWT ♥️ Saya jauh dari sempurna, kalau nampak baik pun sebab Allah tutup aib. Saya sedang cuba melatih diri saya untuk percaya akan dua perkara ini.

1. Kalau saya berjaya memiliki sesuatu yang saya inginkan. Itu sebab Allah SWT yang bagi saya rezeki, bukan sebab saya hebat. Dengan cara ini, dapat mengelakan rasa bangga diri sekiranya saya beroleh kejayaan. 


2. Kalau saya tidak dapat apa yang saya inginkan. Itu sebab Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk saya. Dengan cara ini, saya tidak mudah berputus ada dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Itu saja yang saya ingin kongsikan. Walau apa pun, keadaan anda yang membaca ini. Jangan mudah putus semangat ya♥️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.