Assalamualaikum,
Memandangkan sekarang saya final year student, kesibukkan saya kadang-kadang sampai lupa mau makan dan tidur. Nasib sekarang saya belajar di rumah jadi kalau terlupa makan ada yang tolong kasih ingat lepastu masuk dapur memang confirm ada ja makanan. Alhamdulillah♥️
Sebelum ni saya selalu fikirkan yang belajar dan beribadah adalah dua benda yang berbeza. Saya selalu terfikir “what the point of belajar tinggi2 tapi have limited time to ibadah or even time for myself?” Saya bukan la juga alim sangat, kalau nampak baik pun sebab Allah tutup aib saya. Haa giteww. Tapi saya cuma mau berkongsi la apa yang saya baru sedar. Mungkin boleh membawa kesedaran kepada orang lain juga.
Sebenarnya, kita sudah rugi kalau kita fikir apa kita buat tu bukan ibadah. Sebagai contoh la ya, saya fikir yang saya belajar ni bukan ibadah dan sebagai pelajar saya luangkan banyak masa untuk belajar. Ada cara mau ubah dari apa yang kita selalu buat sebagai ibadah. Cara dia adalah melalui niat. ♥️🥰 Okay sebagai contoh la kan, kalau saya belajar memang niat mau score ja. Memang kalau saya usaha tidak mustahil untuk score. Tapi kira rugilah untuk saya bila saya boleh jadikan itu sebagai ibadah.
Cara mau kasih betul maybe saya boleh niat, saya belajar ni supaya maybe one day ilmu yang saya ni boleh tolong orang atau apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan kita kepada Allah dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Tujuan utama saya berkongsi pasal ni adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga yang sudi membaca. Hidup kita di dunia ni sementara saja, kena pastikan sesibuk mana pun kena usaha bawa bekalan untuk kehidupan selepas ini.
Itu saja, terima kasih sudi membaca. Doakan urusan final year saya dipermudahkan. Thank you semua yang sudi membaca ♥️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan