Rabu, 15 Disember 2021

Selamat Tinggal 2021


 Assalamualaikum dan hi semua yang masih sudi membaca.💕 Memandangkan kita sudah di penghujung tahun sudah kan, saya percaya setiap orang ada sesuatu yang kita pelajari kan. Untuk blog kali ini saya akan berkongsi 3 perkara yang belajar sepanjang tahun ini.

Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik

Siapa yang sangka kan pandemic boleh jadi lama macam ni. Banyak plan2, yang kita buat terjejas. Tapi kita kena sedar diri, kita hidup sebagai hamba. Memang bukan senang mau terima hakikat sesuatu perkara. Kena usaha yakinkan diri setiap yang berlaku ke atas diri kita adalah yang terbaik. Ada hikmah atas segalanya. Mungkin Allah cuba lindungi kita daripada sesuatu dan mungkin ujian yang kita lalui adalah untuk menguatkan lagi iman kita. Suka saya ingatkan bahawa, Allah terlalu sayang terhadap hambanya. Banyak-banyak berdoa kepada Allah rancangan hidup kita. Cepat atau lambat, saya percaya Allah akan jawab doa yang kita mau atau pun lebih baik dari apa yang kita mau. Kuncinya, sama ada kita dalam keadaan senang ataupun susah usahakan beri masa dengan Allah.


Memandangkan kedua-dua ibu bapa saya guru, pernah juga saya bercita-cita untuk jadi guru. Namun, seperti yang saya tulis. Saya rancang tetapi Allah juga merancang. Sekarang saya baru habis belajar degree kejuteraan petroleum di UTP. 


Belajar untuk sayangi diri sendiri


Dengan wujudnya laman sosial seperti FB, ig dan lain-lain. Kita ada kecenderungan untuk bandingkan hidup kita dengan orang lain. Saya pun macam tu juga. Tapi kita kena ingat, kebiasaannya orang cuma akan tunjukkan highlight ataupun saat-saat gembira mereka. Kita tidak tahu usaha ataupun pengorbanan yang dorang buat untuk capai sesuatu tu. 


Fokus terhadap diri sendiri, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kenal pasti kekurangan diri dan cuba untuk tanggani kelemahan tersebut. Bukan senang untuk atasi kelemahan diri sendiri untuk berada di luar daripada zon selesa kita. Tetapi dengan mencabar diri sendiri, kita akan mampu mengembangkan skil kita. Bila kita mampu atasi kelemahan kita secara tidak langsung kita akan berasa lebih yakin diri dan sayang diri sendiri.


Setiap orang ada melakukan kesilapan dalam hidup ni. Belajar untuk memaafkan diri sendiri. Terima hakikat yang mungkin kesilapan yang kita lakukan akan ada kesan yang berpanjangan. Namun, selagi kita masih hidup peluang untuk berubah menjadi orang lebih baik pun masih ada. 


Akhir sekali, bila kita sudah usahakan sesuatu. Boleh la reward diri sendiri.🌚❤️ Buat sesuatu yang menggembirakan diri sendiri. Cipta keseimbangan dalam hidup dan sentiasa bersyukur atas rezeki kita.


Nikmati masa bersama orang tersayang


Orang tersayang ni boleh jadi keluarga kita, kawan-kawan ataupun si dia ðŸ¦‹. Hehehe Dengan pandemic ni lagi, kita tidak tau bila kali terakhir kita jumpa seseorang kan. Ambil la gambar banyak2 sebagai kenangan. Sebab mungkin kenangan tu ja tinggal di masa hadapan bila orang yang kita sayang sudah tiada. 


Bagi saya masa dengan keluarga tu sangat berharga, main game yang simple macam UNO pun boleh jadi seronok yang melampau. ❤️ Saya sangat bersyukur kerana ada keluarga yang begitu penyayang dan sentiasa menyokong saya. Antara sebab terhasilnya blog kali ini adalah disebabkan ada orang yang request.  Alhamdulillah ya berbulan-bulan mencari inspirasi akhirnya jumpa juga.


Bila dengan kawan-kawan2 pula, memandangkan saya sudah habis belajar. Boleh throwback saja la gambar masa belajar dulu. Harap boleh jumpa masa convo Januari ni ya. Rindu sudah sama kawan-kawan. Semoga semua dipermudahkan dalam urusan masing-masing.



Ba itu saja la saya tulis, Terima kasih sudi baca ya. Semoga tahun 2022 lebih baik dan mantap🔥. Ba kalau ada inspirasi saya tulis lagi. Banyak-banyak terima kasih baca. ✨

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.