Assalamualaikum dan hii kepada yang masih sudi baca.
Hari ni saya cuma mau berkongsi tentang quotes “this is just a phase”. Quotes ni banyak bantu saya setiap kali saya mengalami kesusahan dalam hidup. Ya saya sedar ada orang lagi susah dari saya. Tapi pasti ada satu situasi di mana kita rasa kita berada dalam keadaan yang sangat susah dalam hidup kita. Sama ada daripada masalah emosi, fizikal atupun kewangan.
Selalu saya tulis pasal kejayaan ja kan. Dapat sponsor belajar dan graduate. Tapi hidup tidak selalunya indah. :’) Malah pengalaman masa kita menghadapi kesusahan tu la yang akan kejayaan kita lebih bermakna. Giteeww
Setiap kali saya mengalami kesusahan, paling biasa saya kali ingat diri saya ialah
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” Ar-Ra’d:11
Ayat ni ajar saya bahawa, masa saya mengalami kesusahan itu tidak akan berubah kecuali saya ubah diri saya sendiri. Kena ada usaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Lagi pun kita tidak diuji melebihi kemampuan kita kan.
Dulu masa kelas bahasa Arab, ustazah favourite saya ajar perkara yang penting dalam hidup ni ialah usaha sehabis baik, jadi nanti bila result keluar kita tidak menyesal. Allah hargai setiap usaha kita. In shaa Allah dengan usaha, doa dan Tawakal kita mampu lalui hari2 yang mencabar.
Kembali kepada topik tadi, hidup ni kadang sedih kadang gembira. Masa gembira tu kita hargai la masa-masa kita bersama orang tersayang sama ada dengan keluarga, kawan-kawan, kucing ataupun dengan diri sendiri. Ambil la gambar banyak-banyak sebagai kenangan sebab kita tidak tahu mungkin itu saat2 terakhir kita bersama mereka. Kalau sedih ataupun dalam kesusahan, ingatlah yang itu sementara sahaja “Life is just a phase”. In Shaa Allah lepas kesusahan tu ada kegembiraan. “Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan” Al-insyirah: 5-6
Don't giveup 🤙
BalasPadam